“Adele Tribute Hometown Glory” – Natalie Black Bakal Buat Persembahan Di KL 18 & 19 Oktober Ini
Penyanyi terkenal dari Britain, Natalie Black, bakal menghiasi pentas untuk sebuah persembahan memukau pada 18 dan 19 Oktober ini di Kuala Lumpur bersempena dengan “Adele Tribute Hometown Glory”.
Sebagai penerima beberapa anugerah kebangsaan termasuklah gelaran “Best Tribute Act to Adele” di National Tribute Music Awards, persembahan HOMETOWN GLORY oleh Natalie Black telahpun berjaya memikat penonton di seluruh dunia.
Perjalanan antarabangsa Natalie Black telah membawanya ke pentas di seluruh dunia iaitu dari Bahrain ke Netherlands, Latvia ke Greece, dan banyak lagi.
Tour teater berterusan di seluruh United Kingdom (UK) telah mengukuhkan reputasinya sebagai seorang yang luar biasa. Dan pada ketika ini, Natalie bersedia untuk mencipta nama di Malaysia dengan tiga persembahan yang memukau.
Bakal berlangsung di The Platform, KEN TTDI pada 18 & 19 Oktober 2023, persembahan ini akan membawa penonton ke dalam dunia Adele dengan menampilkan sejumlah hits yang menduduki carta dari album 19, 21, dan 25.
Bersedia untuk tersentuh dengan lagu-lagu klasik seperti ‘SkyFall,’ ‘Hello,’ ‘A Million Years Ago,’ ‘When We Were Young,’ ‘Rolling in The Deep,’ ‘Make You Feel My Love,’ dan ‘Someone Like You.’
Courtesy from – The Rakyat Post
“Adele Tribute Hometown Glory” – Natalie Black Bakal Buat Persembahan Di KL 18 & 19 Oktober Ini