YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN telah merasmikan Kempen One Nation, One Team – Sports Uniting The Nation dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan bersama Fahrenheit88 pada Jumaat. Kempen yang telah bermula 12 Ogos hingga 22 September 2024 itu diadakan bersempena Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Paris 2024 yang jatuh pada bulan Kemerdekaan dan sekaligus mempromosikan Hari Kemerdekaan yang ke-67 pada 31 Ogos dan juga Hari Malaysia pada 16 September 2024.